Sunday 25 September 2016

AHLI KUMPULAN 2


AHLI KUMPULAN 2




 NAMA : MUHAMMAD AKMAL HAKIM BIN AZMIR
 NO. PENDAFTARAN : 16DEE16F1016
 KELAS : DEE1A
                                                           


 NAMA : MUHAMMAD FARHAN BIN PISAL
 NO.PENDAFTARAN : 16DEE16F1017
 KELAS : DEE1A

                                                            

 NAMA : SURENDER A/L SUGUMARAN
 NO. PENDAFTARAN : 16DEE16F1038
 KELAS : DEE1A


 
                                                         
  NAMA : SUREEN A/L SELVAM
   NO. PENDAFTARAN : 16DEE16F1026
  KELAS : DEE1A

PENGENALAN PENYINGKIRAN SINGAPURA


Pengenalan

Pertikaian politik antara parti Perikatan dengan PAP menyebabkan hubungan Singapura dan kerajaan Persekutuan semakin tegang. Rusuhan kaum, iaitu antara orang Cina dan orang Melayu yang berlaku di Singapura pada Julai 1964 telah menyebabkan pertumpahan darah sekali gus menimbulkan kerisauan kepada Tunku Abdul Rahman. Tunku Abdul Rahman berpendapat adalah lebih baik sekiranya Singapura dikeluarkan daripada Malaysia untuk mengatasi krisis yang timbul demi perpaduan kaum dan kestabilan ekonomi.



    
Bendera Singapura dan Malaysia




 
Rusuhan kaum 13 Mei 1969 antara orang Cina dan orang Melayu.



SEJARAH PENYINGKIRAN SINGAPURA


Sejarah Penyingkiran Singapura


Persekutuan Malaysia adalah merupakan cadangan pengabungan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei dalam satu unit pentadbiran yang akan menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat pentadbiran negara. Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman telah mencadangkan Gagasan Persekutuan Malaysia daam majlis makan tengah hari anjuran Persatuan Wartawan Luar Asia Tenggara di Hotel Adelphi di Singapura. Cadangan pembentukan Malaysia ini mendapat sambutan yang positif daripada negara-negara yang terbabit. Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) telah ditubuhkan pada bulan Julai 1961 bagi mengadakan rundingan dengan pemimpin-pemimpin wilayah yang terlibat sebagai langkah awal ke arah merealisasikan penubuhan Persekutuan Malaysia. Namun begitu, Brunei telah menolak untuk turut bergabung membentuk Persekutuan Malaysia dan memilih untuk memiliki satu unit pentadbiran sendiri.




Di hotel Adelphi di Singapura



       Pada Februari 1962, Suruhanjaya Cobbold dibentuk bertujuan unuk meninjau pandangan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai pembentukan Persekutuan Malaysia. Hasil tinjauan tersebut mendapati rakyat Sabah dan Sarawak bersetuju untuk menyertai Persekutuan Malaysia. Pada bulan Ogos 1962 pula, Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) telah ditubuhkan bermatlamat untuk membincangkan hak dan kepentingan Sabah dan Sarawak untuk dimasukkan dalam Perlembagaan Malaysia. Hasil daripada laporan tuntutan 20 perkara Sabah dan 18 perkara yang dipersetujui oleh Sarawak akan dimasukkan ke dalam perlembagaan. Pada 1 September 1962, sebuah referendum telah dilakukan di Singapura untuk meninjau pendapat penduduk Singapura dan hasilnya mandapati rakyat Singapura bersetuju menyertai Persekutuan Malaysia. Pada Ogos 1963, Suruhanjaya  PBB telah dihantar sekali lagi untuk meninjau pandangan penduduk Sabah dan Sarawak atas permintaan Filipina dan Indonesia. Hasil laporan tersebut mendapati penduduk di kedua-dua wilayah berhasrat untuk menyertai Persekutuan Malaysia. Pada 9 Julai 1963, Perjanjian Persekutuan Malaysia telah ditandatangani di Malborough House, London. Melalui pemeteraian Perjanjian Persekutuan Malaysia, pembentukan Persekutuan Malaysia telah menjadi realiti. Pada 16 September 1963, Tunku Abdul Rahman telah membacakan deklarasi Penubuhan Malaysia di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Malangnya, Persekutuan Malaysia yang terdiri daripada Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak tidak bertahan lama. Selepas dua tahun Malaysia dibentuk, pada 7 Ogos 1965, Perjanjian Pemisahan ditandatangani oleh kedua-dua negara. Berikut merupakan petikan kandungan Perjanjian Pemisahan Singapura daripada Persekutuan Malaysia :
         "An agreement dated the 7th day of August, 1965, and made between the 
          Government of Malaysia on the one part and the Government of Singapore on the 
          other part.
          WHEREAS Malaysia was established on the 16th day of September,1963, by a 
          federation of the existing states of the Federation of Malaya and the states of 
         Sabah, Sarawak and Singapore into one independent and sovereign nation :
                And WHEREAS it has been agreed by the parties hereto that fresh 
               arrangements should be made for the order and good government of the 
               territories comprised in Malaysia by the separation of Singapore from Malaysia 
               upon which Singapore shall become an independent and sovereign state and 
               nation separate from and independent of Malaysia and so recognized by the 
              Government of Malaysia;"  

     
     






    



Akhbar-akhbar yang dikeluarkan apabila Singapura hampir disingkirkan daripada Malaysia.



    

 Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.



      Akhirnya, pada 9 Ogos 1965, pemisahan Singapura daripada Persekutuan Malaysia diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman di Parlimen dan Singapura diisytiharkan sebagai negara yang merdeka dan berdaulat. Tunku memberitahu bahawa hanya terdapat dua cara bagi menyelesaikan masalah antara Malaysia dan Singapura. Pertama, tindakan tegas akan dikenakan kepada sesetengah pemimpin Kerajaan Singapura atas sikap mereka yang tidak disenangi sehingga menimbulkan kebimbangan akan terjadinya rusuhan kaum. Kedua, pemisahan Singapura dari Persekutuan Malaysia. Justeru, pilihan kedua telah dipilih.


 


      
      


             

FAKTOR PENYINGKIRAN SINGAPURA

Faktor-Faktor Penyingkiran Singapura


Terdapat 4 faktor pertikaian antara Malaysia dengan Singapura, iaitu :

  • Masalah Politik
  • Isu Perkauman
  • Konsep "Malaysian Malaysia"
  • Masalah Ekonomi 


1) Masalah Politik

Pada November 1963, Lee Kuan Yew menyatakan bahawa kegiatan PAP hanya terbatas di Singapura sahaja dan tidak bercadang untuk mengambil bahagian dalam pilihanraya Tanah Melayu dalam tempoh 5 tahun selepas penyatuan. PAP memungkiri janjinya dan bergiat aktif di Tanah Melayu lalu bertanding dalam pilihanraya 1964. Tunku Abdul Rahman menegaskan bahawa PAP tidak diperlukan di Tanah Melayu kerana penglibatannya yang terlalu awal akan menjejaskan perpaduan kaum di Tanah Melayu dan hubungan antara UMNO dengan MCA. PAP juga berminat untuk menggantikan MCA bagi mewakili kaum Cina dalam kerajaan. 


2) Isu Perkauman

Hubungan di antara UMNO dan PAP menjadi semakin renggang selepas dua tahun Singapura dalam Malaysia akibat peristiwa yang berlaku di Singapura dan banyak perselisihan faham yang telah berlaku. Setelah menyertai Malaysia, orang Melayu di negeri Singapura merasakan diri mereka diabaikan dan pemimpin Singapura tidak mengambil tindakan untuk membaiki kedudukan mereka. Hal ini telah menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati dalam kalangan orang Melayu di Singapura. Beberapa buah pertubuhan yang mewakilkan orang melayu menemui Tunku Abdul Rahman untuk melaporkan hal itu. Keadaan menjadi semakin serius selepas Setiausaha Agung UMNO, Syed Jaafar Albar menuduh pemimpin PAP cuba memecahkan perpaduan masyarakat Melayu di Singapura.




UMNO
PAP
 

MCA








Video Kronologi Peristiwa 13 Mei 1969



3) Konsep "Malaysian Malaysia"

Sikap pemimpin Singapura yang memperjuangkan konsep "Malaysian Malaysia" tidak disenangi oleh pemimpin UMNO. Konsep ini menafikan institusi Kesultanan Melayu serta mencabar hak istimewa orang Melayu dan bumiputera. Pada Mei 1965, Lee Kuan Yew telah menubuhkan Malaysia Solidarity Convention dengan slogan "A Democratic Malaysian Malaysia" sebagai satu pakatan di kalangan parti pembangkang untuk menandingi Parti Perikatan. Beliau ingin mewujudkan satu "persamaan hak bagi semua" melalui satu ideologi politik, sosial dan ekonomi yang sama untuk semua kaum.


Lee Kuan Yew
Parti Perikatan

 










Malaysian Solidarity Convention

4) Masalah Ekonomi

Mengikut perjanjian Malaysia, Singapura diberi kuasa untuk memungut cukai. Hasil yang dikutip akan dibahagikan berasaskan kadar 60% untuk Singapura dan 40% untuk kerajaan Persekutuan. Cadangan kerajaan untuk mengkaji semula agihan hasil yang menetapkan Singapura menyerahkan 60% hasil pengutan cukai telah menimbulkan rasa tidak puas hati pemimpin Singapura. Peningkatan serahan hasil cukai daripada 40% kepada 60% adalah disebabkan oleh beban cukai Singapura yang paling ringan dan penambahan perbelanjaan dalam pertahanan kerajaan Persekutuan akibat konfrontasi dengan Indonesia. Tambahan pula, arahan yang dikeluarkan oleh Tan Siew Sin, iaitu Menteri Kewangan Malaysia pada Februari 1965 supaya pengusaha di Singapura berunding dahulu dengan kerajaan Persekutuan berkaitan perlindungan tarif sebelum membuka kilang telah menimbulkan kemarahan para pengusaha serta mendapat liputan luas daripada media. Pada bulan Mei 1965, hubungan antara Singapura dan Kuala Lumpur menjadi semakin tegang serta membimbangkan Tunku Abdul Rahman. Tunku Abdul Rahman memaklumkan keputusan beliau untuk menyingkirkan Singapura kepada Tun Abdul Razak dan Dato' Dr Ismail Abdul Rahman. Pada 9 Ogos 1965, Tunku Abdul Rahman membuat pengumuman rasmi di Dewan Rakyat mengenai pemisahan Singapura daripada Malaysia.




Tan Siew Sin
Tunku Abdul Razak
Dato' Dr Ismail Abdul Rahman
Tunku Abdul Rahman












KESAN PENYINGKIRAN SINGAPURA



Kesan Penyingkiran Singapura




Bendera Singapura
   

  • Hubungan dua hala terjejas.
  • Isu kewarganegaraan dibangkitkan.
  • Singapura keluar dari kerajaan Malaysia secara rasmi pada 9 Ogos 1965 dan kemudian digelar sebagai Republik Singapura.
  • Tiada lagi berlakunya persengketaan besar di antara kaum Cina dan kaum Melayu.
  • Kurangnya perebutan kuasa politik.
  • Tiada lagi usaha dalam menentang ketuanan Melayu di Singapura.


        



VIDEO PERISTIWA 13 MEI 1969


VIDEO



   Peristiwa 13 Mei yang beraku di Kampung Medan, Kampung Rawa

VIDEO PENYINGKIRAN SINGAPURA


VIDEO





Video Pendek Kisah Penyingkiran Singapura