Sunday 25 September 2016

PENGAJARAN PENYINGKIRAN SINGAPURA


PENGAJARAN

  •  Perpecahan di antara kaum boleh melumpuhkan sistem ekonomi sesebuah  negara.
  •  Perpecahan di antara kaum juga boleh mengancam keamanan negara dan menimbulkan pelbagai konflik untuk menyatupadukan semula rakyat Malaysia.
  • Setiap kaum di Malaysia haruslah menghormati antara satu sama lain untuk mengelakkan berlakunya salah faham.
  • Seluruh rakyat Malaysia perlulah memahami dan menghayati kepentingan perpaduan di antara kaum supaya semangat kekitaan yang kukuh dapat dibina.
  • Generasi baharu perlulah dididik untuk menghargai nilai sesebuah negara dan menyemai sifat patriotisme agar Malaysia terus maju seiring dengan negara-negara maju di peringkat global.
  • Kita hendaklah berpegang teguh kepada pendirian diri dan tidak mudah terpengaruh oleh orang lain.
  • Kita perlulah adil dan saksama dalam memberi layanan kepada semua kaum agar tidak timbul rasa tidak puas hati bagi sesetengah pihak. 

No comments:

Post a Comment