Sunday 25 September 2016

FAKTOR PENYINGKIRAN SINGAPURA

Faktor-Faktor Penyingkiran Singapura


Terdapat 4 faktor pertikaian antara Malaysia dengan Singapura, iaitu :

  • Masalah Politik
  • Isu Perkauman
  • Konsep "Malaysian Malaysia"
  • Masalah Ekonomi 


1) Masalah Politik

Pada November 1963, Lee Kuan Yew menyatakan bahawa kegiatan PAP hanya terbatas di Singapura sahaja dan tidak bercadang untuk mengambil bahagian dalam pilihanraya Tanah Melayu dalam tempoh 5 tahun selepas penyatuan. PAP memungkiri janjinya dan bergiat aktif di Tanah Melayu lalu bertanding dalam pilihanraya 1964. Tunku Abdul Rahman menegaskan bahawa PAP tidak diperlukan di Tanah Melayu kerana penglibatannya yang terlalu awal akan menjejaskan perpaduan kaum di Tanah Melayu dan hubungan antara UMNO dengan MCA. PAP juga berminat untuk menggantikan MCA bagi mewakili kaum Cina dalam kerajaan. 


2) Isu Perkauman

Hubungan di antara UMNO dan PAP menjadi semakin renggang selepas dua tahun Singapura dalam Malaysia akibat peristiwa yang berlaku di Singapura dan banyak perselisihan faham yang telah berlaku. Setelah menyertai Malaysia, orang Melayu di negeri Singapura merasakan diri mereka diabaikan dan pemimpin Singapura tidak mengambil tindakan untuk membaiki kedudukan mereka. Hal ini telah menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati dalam kalangan orang Melayu di Singapura. Beberapa buah pertubuhan yang mewakilkan orang melayu menemui Tunku Abdul Rahman untuk melaporkan hal itu. Keadaan menjadi semakin serius selepas Setiausaha Agung UMNO, Syed Jaafar Albar menuduh pemimpin PAP cuba memecahkan perpaduan masyarakat Melayu di Singapura.




UMNO
PAP
 

MCA








Video Kronologi Peristiwa 13 Mei 1969



3) Konsep "Malaysian Malaysia"

Sikap pemimpin Singapura yang memperjuangkan konsep "Malaysian Malaysia" tidak disenangi oleh pemimpin UMNO. Konsep ini menafikan institusi Kesultanan Melayu serta mencabar hak istimewa orang Melayu dan bumiputera. Pada Mei 1965, Lee Kuan Yew telah menubuhkan Malaysia Solidarity Convention dengan slogan "A Democratic Malaysian Malaysia" sebagai satu pakatan di kalangan parti pembangkang untuk menandingi Parti Perikatan. Beliau ingin mewujudkan satu "persamaan hak bagi semua" melalui satu ideologi politik, sosial dan ekonomi yang sama untuk semua kaum.


Lee Kuan Yew
Parti Perikatan

 










Malaysian Solidarity Convention

4) Masalah Ekonomi

Mengikut perjanjian Malaysia, Singapura diberi kuasa untuk memungut cukai. Hasil yang dikutip akan dibahagikan berasaskan kadar 60% untuk Singapura dan 40% untuk kerajaan Persekutuan. Cadangan kerajaan untuk mengkaji semula agihan hasil yang menetapkan Singapura menyerahkan 60% hasil pengutan cukai telah menimbulkan rasa tidak puas hati pemimpin Singapura. Peningkatan serahan hasil cukai daripada 40% kepada 60% adalah disebabkan oleh beban cukai Singapura yang paling ringan dan penambahan perbelanjaan dalam pertahanan kerajaan Persekutuan akibat konfrontasi dengan Indonesia. Tambahan pula, arahan yang dikeluarkan oleh Tan Siew Sin, iaitu Menteri Kewangan Malaysia pada Februari 1965 supaya pengusaha di Singapura berunding dahulu dengan kerajaan Persekutuan berkaitan perlindungan tarif sebelum membuka kilang telah menimbulkan kemarahan para pengusaha serta mendapat liputan luas daripada media. Pada bulan Mei 1965, hubungan antara Singapura dan Kuala Lumpur menjadi semakin tegang serta membimbangkan Tunku Abdul Rahman. Tunku Abdul Rahman memaklumkan keputusan beliau untuk menyingkirkan Singapura kepada Tun Abdul Razak dan Dato' Dr Ismail Abdul Rahman. Pada 9 Ogos 1965, Tunku Abdul Rahman membuat pengumuman rasmi di Dewan Rakyat mengenai pemisahan Singapura daripada Malaysia.




Tan Siew Sin
Tunku Abdul Razak
Dato' Dr Ismail Abdul Rahman
Tunku Abdul Rahman












No comments:

Post a Comment