KESIMPULAN
Isu penyingkiran Singapura dari Malaysia telah memberikan iktibar kepada kita. Topik ini juga sarat dengan pengajaran dan nilai-nilai murni yang perlu direnungi dan dijadikan iktibar oleh semua warganegara. Dalam hal ini, untuk melakar kejayaan, kita mestilah mengharungi segala cabaran dengan profesional, iaitu tidak menggunakan jalan mudah untuk berjaya. Antara nilai murni yang perlu dijadikan iktibar ialah seseorang warganegara itu tidak boleh berpeluk tubuh dan membiarkan orang asing memerintah dan menentukan sistem pemerintahan negara kita. Seseorang itu juga perlu mengetahui bahawa tidak ada jalan mudah untuk negara mencapai kemajuan. Contohnya, peranan Tunku Abdul Rahman yang terpaksa turun padang dan berunding dengan British untuk membebaskan negara ini dari belenggu penjajahan. Untuk membentuk negara Malaysia seperti yang wujud pada hari ini bukanlah satu perkara yang mudah, ianya telah melalui proses yang panjang dan terpaksa melalui pelbagai halangan dan rintangan. Generasi muda perlulah menghargai dan perlu memastikan keamanan dan kesejahteraan negara ini kekal selamanya.
No comments:
Post a Comment