Sunday 25 September 2016

SEJARAH PENYINGKIRAN SINGAPURA


Sejarah Penyingkiran Singapura


Persekutuan Malaysia adalah merupakan cadangan pengabungan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei dalam satu unit pentadbiran yang akan menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat pentadbiran negara. Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman telah mencadangkan Gagasan Persekutuan Malaysia daam majlis makan tengah hari anjuran Persatuan Wartawan Luar Asia Tenggara di Hotel Adelphi di Singapura. Cadangan pembentukan Malaysia ini mendapat sambutan yang positif daripada negara-negara yang terbabit. Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) telah ditubuhkan pada bulan Julai 1961 bagi mengadakan rundingan dengan pemimpin-pemimpin wilayah yang terlibat sebagai langkah awal ke arah merealisasikan penubuhan Persekutuan Malaysia. Namun begitu, Brunei telah menolak untuk turut bergabung membentuk Persekutuan Malaysia dan memilih untuk memiliki satu unit pentadbiran sendiri.




Di hotel Adelphi di Singapura



       Pada Februari 1962, Suruhanjaya Cobbold dibentuk bertujuan unuk meninjau pandangan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai pembentukan Persekutuan Malaysia. Hasil tinjauan tersebut mendapati rakyat Sabah dan Sarawak bersetuju untuk menyertai Persekutuan Malaysia. Pada bulan Ogos 1962 pula, Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) telah ditubuhkan bermatlamat untuk membincangkan hak dan kepentingan Sabah dan Sarawak untuk dimasukkan dalam Perlembagaan Malaysia. Hasil daripada laporan tuntutan 20 perkara Sabah dan 18 perkara yang dipersetujui oleh Sarawak akan dimasukkan ke dalam perlembagaan. Pada 1 September 1962, sebuah referendum telah dilakukan di Singapura untuk meninjau pendapat penduduk Singapura dan hasilnya mandapati rakyat Singapura bersetuju menyertai Persekutuan Malaysia. Pada Ogos 1963, Suruhanjaya  PBB telah dihantar sekali lagi untuk meninjau pandangan penduduk Sabah dan Sarawak atas permintaan Filipina dan Indonesia. Hasil laporan tersebut mendapati penduduk di kedua-dua wilayah berhasrat untuk menyertai Persekutuan Malaysia. Pada 9 Julai 1963, Perjanjian Persekutuan Malaysia telah ditandatangani di Malborough House, London. Melalui pemeteraian Perjanjian Persekutuan Malaysia, pembentukan Persekutuan Malaysia telah menjadi realiti. Pada 16 September 1963, Tunku Abdul Rahman telah membacakan deklarasi Penubuhan Malaysia di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Malangnya, Persekutuan Malaysia yang terdiri daripada Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak tidak bertahan lama. Selepas dua tahun Malaysia dibentuk, pada 7 Ogos 1965, Perjanjian Pemisahan ditandatangani oleh kedua-dua negara. Berikut merupakan petikan kandungan Perjanjian Pemisahan Singapura daripada Persekutuan Malaysia :
         "An agreement dated the 7th day of August, 1965, and made between the 
          Government of Malaysia on the one part and the Government of Singapore on the 
          other part.
          WHEREAS Malaysia was established on the 16th day of September,1963, by a 
          federation of the existing states of the Federation of Malaya and the states of 
         Sabah, Sarawak and Singapore into one independent and sovereign nation :
                And WHEREAS it has been agreed by the parties hereto that fresh 
               arrangements should be made for the order and good government of the 
               territories comprised in Malaysia by the separation of Singapore from Malaysia 
               upon which Singapore shall become an independent and sovereign state and 
               nation separate from and independent of Malaysia and so recognized by the 
              Government of Malaysia;"  

     
     






    



Akhbar-akhbar yang dikeluarkan apabila Singapura hampir disingkirkan daripada Malaysia.



    

 Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.



      Akhirnya, pada 9 Ogos 1965, pemisahan Singapura daripada Persekutuan Malaysia diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman di Parlimen dan Singapura diisytiharkan sebagai negara yang merdeka dan berdaulat. Tunku memberitahu bahawa hanya terdapat dua cara bagi menyelesaikan masalah antara Malaysia dan Singapura. Pertama, tindakan tegas akan dikenakan kepada sesetengah pemimpin Kerajaan Singapura atas sikap mereka yang tidak disenangi sehingga menimbulkan kebimbangan akan terjadinya rusuhan kaum. Kedua, pemisahan Singapura dari Persekutuan Malaysia. Justeru, pilihan kedua telah dipilih.


 


      
      


             

No comments:

Post a Comment